How to Apply
Malaysian
1. Saluran Perdana (Melalui Sistem UPUOnline)
Umumnya, permohonan kemasukan ke UPM bagi program prasiswazah iaitu Diploma dan Asasi Sains adalah melalui Sistem UPUOnline yang diuruskan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Berikut adalah maklumat am program Diploma dan Asasi Sains yang ditawarkan di UPM merangkumi senarai program, syarat am dan yuran pengajian.
2. Saluran Alternatif (Terus ke UPM)
Saluran alternatif memberi peluang kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang tetapi tidak mendapat tawaran program yang diminati melalui permohonan UPU untuk melanjutkan pengajian yang menjadi pilihan. Kemasukan melalui saluran alternatif dibuka bagi program Asasi Sains di UPM. Klik pautan di bawah bagi maklumat program dan portal permohonan kemasukan melalui saluran alternatif ke program Asasi Sains Universiti Putra Malaysia. Program yang ditawarkan melalui melalui saluran alternatif dilaksanakan secara yuran penuh tanpa subsidi.
Contact Us
DIVISION OF ADMISSION AND DIVISION OF ACADEMIC GOVERNANCE
Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel: +603-9769 4218 / 4223 / 4165 / 4169 / 4225
Fax: +603-89426469
Email: pg_admission@upm.edu.my
Malaysian
1. Saluran Perdana (Melalui Sistem UPUOnline)
Umumnya, permohonan kemasukan ke UPM bagi program prasiswazah iaitu Bacelor adalah melalui Sistem UPUOnline yang diuruskan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Berikut adalah maklumat am program prasiswazah yang ditawarkan di UPM merangkumi senarai program, syarat am dan yuran pengajian.
2. Saluran Alternatif (Terus ke UPM)
Saluran alternatif memberi peluang kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang tetapi tidak mendapat tawaran program yang diminati melalui permohonan UPU untuk melanjutkan pengajian yang menjadi pilihan. Kemasukan melalui saluran alternatif dibuka bagi semua 81 program Bacelor yang ditawarkan di UPM. Klik pautan di bawah bagi maklumat program dan portal permohonan kemasukan melalui saluran alternatif ke program Bacelor Universiti Putra Malaysia. Program yang ditawarkan melalui melalui saluran alternatif dilaksanakan secara yuran penuh tanpa subsidi.
3. Distance Learning
UPM turut menawarkan program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) bagi membolehkan mahasiswa yang bekerja dan mempunyai kesukaran untuk ke kampus seperti mahasiswa sepenuh masa yang lain. Buat masa ini, UPM menawarkan 7 program bacelor di bawah mod PJJ iaitu:
- Bacelor Sains Pertanian;
- Bacelor Sains Pembangunan sumber Manusia (BSHRD);
- Bacelor Sains Pembangunan Manusia (BSPM);
- Bacelor Komunikasi (BCOMM);
- Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu (BABM);
- Bacelor Sastera Bahasa Inggeris (BABE); dan
- Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (BPTESL)
Program ini menekankan kaedah pembelajaran kendiri. Pembelajaran seperti ini adalah lebih luwes dan memudahkan mereka yang bekerja melanjutkan pengajian masing-masing. Justeru, beberapa kaedah sokongan pembelajaran diberikan seperti pelajar diberikan modul pembelajaran yang boleh dimuat turun dalam portal PutraODL sebagai bahan rujukan.
Para pelajar yang mengikuti program ini akan menghadiri kuliah di pusat pembelajaran dengan menggunakan Lintas Langsung Interaktif (LIP), iaitu komunikasi dua hala antara pensyarah UPM dengan pelajar pada setiap minggu bermula dari hari Jumaat hingga Ahad bergantung pada jadual kuliah yang disusun mengikut kursus masing-masing. Selain itu, rakaman juga turut diambil untuk memudahkan para pelajar mengulang kaji kursus yang diambil.
Pengambilan pelajar baharu program Bacelor PJJ ini dibuat dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun bagi semester pertama dan bulan Disember bagi semester kedua. Permohonan terbuka sepanjang masa dan boleh dibuat secara dalam talian. Untuk permohonan dan maklumat lanjut berkenaan yuran pengajian, syarat kelayakan serta kurikulum pengajian, sila klik di pautan di bawah.
International
Contact Us
DIVISION OF ADMISSION AND DIVISION OF ACADEMIC GOVERNANCE
Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel: +603-9769 4218 / 4223 / 4165 / 4169 / 4225
Fax: +603-89426469
Email: pg_admission@upm.edu.my
Through Online Application
Universiti Putra Malaysia currently offers 70 Masters programmes by coursework and 296 fields of study for programmes by research that include:
- Master of Veterinary Science (M.V.Sc.)
- Master of Science (M.S.)
- Master of Arts (M.A)
- Doctor of Philosophy (PhD)
- Doctor of Engineering (Deng)
For more information on these postgraduate degrees you can visit the link below.
Contact Us
SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Admission Unit
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel: +603-9769 6060
Fax: +603-89426469
Email: pg_admission@upm.edu.my